NutritionistKKMRasmi Telegram channel photo

NutritionistKKMRasmi

@nutritionistkkmrasmiPublic Channel

NutritionistKKMRasmi shares Dieta e Nutrizione updates and media on Telegram. Join to stay updated.

166

Last views

2.8k (2,809 subscribers)
Membri
—
Rating
42
Total Posts
Oct 16, 2026, 8:46 AM
Aggiornato
Apr 14, 2026
Created
Stats

Stai visualizzando contenuti in italiano. Per visualizzare contenuti in un'altra lingua, cambia la lingua del sito web.

Channel Information

Channel Information
Channel NameNutritionistKKMRasmi
Username@nutritionistkkmrasmi
CategoryDieta e Nutrizione
Languageitaliano
CountryItalia
Membri2,809
Channel TypePublic Channel
Created14 apr 2026
Last Updated16 ott 2026 • 7 giorni fa
StatusActive

Classifica

Classifica globale
#103104+236
Classifica per lingua
#1075+15
Classifica per categoria
#137-3

Crescita abbonati

Totale: 2.8K30 Days growth: +521.9%
09/1709/2209/2710/0210/0710/1210/16
Crescita abbonati - 30 Days
DateSubscribers
17:09:20262,757
18:09:20262,757
19:09:20262,780
20:09:20262,780
21:09:20262,780
22:09:20262,780
23:09:20262,780
24:09:20262,780
25:09:20262,780
26:09:20262,780
27:09:20262,780
28:09:20262,780
29:09:20262,780
30:09:20262,780
01:10:20262,780
02:10:20262,780
03:10:20262,780
04:10:20262,780
05:10:20262,780
06:10:20262,780
07:10:20262,780
08:10:20262,780
09:10:20262,780
10:10:20262,780
11:10:20262,780
12:10:20262,780
13:10:20262,780
14:10:20262,780
15:10:20262,780
16:10:20262,809
Crescita abbonati - Weekly
DateSubscribers
Week of 13:04:20262,612
Week of 20:04:20262,612
Week of 27:04:20262,612
Week of 04:05:20262,612
Week of 11:05:20262,612
Week of 18:05:20262,612
Week of 25:05:20262,612
Week of 01:06:20262,612
Week of 08:06:20262,612
Week of 15:06:20262,612
Week of 22:06:20262,612
Week of 29:06:20262,628
Week of 06:07:20262,628
Week of 13:07:20262,628
Week of 20:07:20262,628
Week of 27:07:20262,628
Week of 03:08:20262,628
Week of 10:08:20262,628
Week of 17:08:20262,709
Week of 24:08:20262,709
Week of 31:08:20262,716
Week of 07:09:20262,757
Week of 14:09:20262,780
Week of 21:09:20262,780
Week of 28:09:20262,780
Week of 05:10:20262,780
Week of 12:10:20262,809
Crescita abbonati - Monthly
DateSubscribers
April 20262,612
May 20262,612
June 20262,612
July 20262,628
August 20262,716
September 20262,780
October 20262,809
Crescita abbonati - Yearly
DateSubscribers
20262,809

Ultimi post

NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

19 ott 2026, 18:04

Photo1/2
🍚 NAK MAKAN NASI, TAPI TAK NAK BERAT BADAN NAIK? JOM MAKAN SECARA BIJAK! 💡

Siapa kata nak jaga berat badan kena berhenti makan nasi? 🤔 Nasi bukan musuh! Kuncinya ialah kawal kuantiti, bijak memilih hidangan dan seimbangkan pengambilan tenaga dengan aktiviti fizikal. 💚

Tahukah anda? 👀
🍚 1 sajian nasi = 2 senduk nasi yang rata. Berdasarkan Piramid Makanan Malaysia, pengambilan nasi, bijirin lain, produk makanan berasaskan bijirin penuh dan ubi-ubian dalam sehari yang disarankan bagi orang dewasa ialah 3 hingga 5 sajian sehari.

✨ TIP MAKAN NASI SECARA BIJAK!

🥗 Amalkan Suku-Suku-Separuh!
Lengkapkan hidangan utama dengan konsep #SukuSukuSeparuh dan pilih air kosong berbanding minuman manis.

#KawalKalori #SukuSukuSeparuh #InfoPemakananSihat #NutritionistKKM #SihatItuSaya
166000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

19 ott 2026, 12:02

Photo1/2
📱🍽️ KALORI ANDA CUKUP, LEBIH ATAU KURANG?

Pernah tertanya-tanya, “Sebenarnya berapa kalori yang badan saya perlukan setiap hari?” 🤔

Jangan agak-agak. Jom kira, rekod dan pantau! 💪✨

Dengan MyNutriDiari 2, anda boleh:
✅ Ketahui keperluan kalori harian berdasarkan maklumat peribadi
✅ Rekod makanan dan minuman yang diambil
✅ Pantau pengambilan kalori harian
✅ Lebih peka terhadap corak pemakanan anda

Kawal kalori, bukan sekadar kawal berat.
Mulakan langkah kecil hari ini untuk pemakanan yang lebih seimbang. 🥗🍎💧

📲 Muat turun MyNutriDiari 2 sekarang dan ketahui sama ada pengambilan kalori anda cukup, lebih atau kurang!

#MyNutriDiari2
#JomKawalKalori
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM
#SihatItuSaya
189000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

19 ott 2026, 12:01

Photo1/2
🍎🥦 REMAJA, DAH CUKUP MAKAN BUAH & SAYUR HARI INI? 👀

🚨 13% sahaja remaja mengambil buah yang mencukupi, manakala hanya 5% memenuhi saranan pengambilan sayur! 😱

Buah dan sayur bukan sekadar pelengkap hidangan. Kedua-duanya membekalkan vitamin penting yang diperlukan oleh tubuh, terutamanya ketika remaja sedang membesar. 💪🏻✨

🍊 Vitamin A penting untuk kesihatan mata, kulit dan sistem imuniti.
🥦 Vitamin C membantu pembentukan kolagen, menguatkan sistem imuniti dan meningkatkan penyerapan zat besi.

Jadi, jangan pandang remeh pengambilan buah dan sayur! 🌟

💚 JOM CABAR DIRI!
🥬Makan sekurang-kurangnya 3 sajian sayur setiap hari.
🍎 Ambil 2 sajian buah setiap hari.

Tak perlu tunggu sakit untuk mula menjaga kesihatan. Mulakan dengan pilihan makanan yang lebih sihat, demi tubuh yang cergas dan masa depan yang lebih sihat! 🔥

INGAT! AMBIL SAYUR & BUAH SETIAP HARI, REMAJA SIHAT, HIDUP LEBIH BERKUALITI! 💚

#RemajaSihat
#JomMakanBuahDanSayur
#NutritionistKKM
#SihatItuSaya
#SihatItuKita
#SihatItuMalaysia
126000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

19 ott 2026, 12:01

Photo1/2
❤️ CEGAH ANEMIA SEMASA HAMIL — DEMI IBU & SI MANJA

Kehamilan adalah fasa yang memerlukan perhatian lebih terhadap kesihatan dan pemakanan ibu. Anemia semasa hamil bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Anemia sewaktu hamil meningkatkan risiko bayi lahir pramatang serta berat lahir bayi kurang daripada 2.5 kg.

⚠️ Kenali tanda-tandanya!
Antara tanda anemia semasa hamil yang mudah dilihat ialah kulit ibu kelihatan pucat dan ibu cepat berasa keletihan.

Namun, anemia boleh dicegah. 💪🏻
🥩 Amalkan pengambilan makanan tinggi zat besi
💊 Ambil pil hematinik setiap hari

Jaga pengambilan zat besi, jaga kesihatan ibu. Jaga ibu, jaga si manja. ❤️

Jom bersama-sama cegah anemia semasa hamil demi kesejahteraan ibu dan bayi.

#CegahAnemia
#PemakananIbuHamil
#HERNutrition
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM
#SihatItuSaya
78000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

19 ott 2026, 12:01

Photo1/10
Pemakanan yang baik merupakan asas penting untuk membantu warga emas menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik.

Bagi warga emas yang tidak mempunyai gigi, pemilihan dan penyediaan makanan memerlukan perhatian khusus agar makanan mudah dimakan, namun kekal berkhasiat.

Dalam edisi kali ini, kita akan memberi tumpuan kepada cara menikmati sayur dan buah bagi warga emas yang tidak mempunyai gigi. Ketiadaan gigi bukan penghalang untuk menikmati sayur dan buah kerana kedua-duanya tetap penting bagi membantu memenuhi keperluan nutrien harian.

Jom lihat tip mudah yang boleh diamalkan!

#PemakananWargaEmas
#SayurdanBuah
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM
#SihatItuSaya
63000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

19 ott 2026, 12:00

🍽️ Anak dah makan, tapi cukupkah kepelbagaian makanannya? 👶🥦🍳 Bukan sekadar berapa banyak anak makan, tetapi berapa banyak jenis makanan yang diberikan juga penting! 💚 Kepelbagaian Diet Minimum (MDD) bermaksud kanak-kanak berumur 6–23 bulan menerima makanan…
54000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

19 ott 2026, 12:00

Photo1/2
🍽️ Anak dah makan, tapi cukupkah kepelbagaian makanannya? 👶🥦🍳

Bukan sekadar berapa banyak anak makan, tetapi berapa banyak jenis makanan yang diberikan juga penting! 💚

Kepelbagaian Diet Minimum (MDD) bermaksud kanak-kanak berumur 6–23 bulan menerima makanan daripada sekurang-kurangnya 5 daripada 8 kumpulan makanan dalam sehari.

8 kumpulan makanan tersebut adalah:
🥛 Susu ibu
🌾 Bijirin dan ubi-ubian
🥜 Kekacang dan bijian
🥛 Susu dan produk tenusu
🍗 Sumber haiwan (Daging, ikan, ayam dan organ dalaman)
🥚 Telur
🥕 Buah-buahan & sayur-sayuran kaya vitamin A
🍎 Buah-buahan & sayur-sayuran lain
🌟 Kenapa kepelbagaian makanan penting?

Anak kecil sedang melalui fasa pertumbuhan dan perkembangan yang sangat pesat. Pelbagai jenis makanan membantu membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh dan otak mereka.

Diet yang kurang pelbagai pula boleh meningkatkan risiko kekurangan mikronutrien dan dikaitkan dengan pertumbuhan yang kurang baik, termasuk bantut.
53000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

19 ott 2026, 11:59

Photo1/2
🌿 SIAPA PEMINAT ULAM RAJA? 🙋🏻‍♀️🙋🏻

Kalau anda peminat ulam, Ulam Raja memang tak boleh dipandang sebelah mata! 👑🌿

✨ TAHUKAH ANDA?
Ulam Raja kaya dengan Vitamin C dan turut mengandungi pelbagai nutrisi lain yang baik untuk melengkapkan hidangan anda.

🥗 1 sajian ulam = 1 cawan

Jadi, apa tunggu lagi? Jom lebihkan ulam dalam hidangan anda! 💚

Bukan sahaja menambah warna dan kesegaran dalam pinggan, ulam juga mempunyai pelbagai khasiat dan membantu menjimatkan kalori dalam hidangan. 🌱✨

💚 Hijau itu bukan sekadar warna, tetapi pilihan yang penuh khasiat!

#WarnaWarniSayurBuah
#VitaminMineral
#Imuniti
#HijauItuMenawan
#JomMakanSayurBuah
#LebihkanSayurDalamHidangan
#NutritionistKKM
#SihatItuSaya
51000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

19 ott 2026, 11:59

Photo1/2
🐟 Protein Pelbagai, Ikan Pilihan Bijak!

Jangan hadkan sumber protein kepada satu pilihan sahaja. Pelbagaikan sumber protein dan jadikan ikan sebahagian daripada hidangan harian anda! 🐟✨

Berbanding daging merah, ikan mengandungi lemak yang lebih rendah, selain membekalkan Omega-3 dan pelbagai mineral penting.

💙 Omega-3 memberi pelbagai manfaat, antaranya membantu:
🧠 Meningkatkan memori
💪🏻 Mengurangkan keradangan
❤️ Menyokong kesihatan jantung

Jadi, jom jadikan ikan sebagai pilihan dalam hidangan seharian! Berdasarkan Piramid Makanan Malaysia 2020, pengambilan ikan yang disarankan adalah 1 sajian sehari. 🐟🍽️

#Protein
#InfoPemakananSihat
#CegahObesiti
#NutritionistKKM
#SihatItuSaya
81000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

19 ott 2026, 11:58

Photo1/2
✨ Pernah dengar istilah “empty calories”? 👀
Jangan salah faham — empty calories bukan bermaksud makanan tersebut tiada kalori atau “kosong kalori”.

Sebaliknya, ia merujuk kepada makanan yang tinggi kalori tetapi rendah nilai nutrisi.

Kalori daripada makanan ini kebanyakannya datang daripada gula dan lemak, manakala kandungan nutrien seperti serat, protein, vitamin dan mineral adalah sangat rendah.

🍭 Antara contoh makanan “empty calories”:

- Gula-gula
- Minuman berperisa yang manis
- Kek
- Donut bersalut manisan

Walaupun sedap dan mudah dinikmati, makanan seperti ini mungkin tidak begitu mengenyangkan, tetapi boleh menyumbang kalori yang agak tinggi.

⚠️ Jika diambil secara berlebihan, pengambilan “empty calories” boleh meningkatkan risiko obesiti.

Jadi, bila craving datang, nikmati secara berpada-pada dan kurangkan pengambilan “empty calories”. 💡

Ingat: Kalori bukan sekadar tentang “berapa banyak”, tetapi juga tentang “apa yang kita dapat daripada kalori tersebut”.
86000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

19 ott 2026, 11:58

Photo1/2
REALITI DI KEDAI MAKAN 🥤

Pernah tak perasan?

Pergi makan di kedai, air manis ada di meja sebelah. Meja belakang pun sama. Meja hujung sana pun sama.

Hampir 5 meja berturut-turut memesan minuman yang manis.

Ini bukan sekadar pemerhatian. Ini realiti.

Masyarakat kita semakin biasa mengambil minuman manis hampir setiap kali waktu makan utama. Itu belum termasuk minuman pada waktu lain.

“Tak salah kan kalau sekali-sekala?”

Ya, boleh sekali-sekala. Tapi kuantiti tetap perlu dikawal.

Jadi, apa pilihan kita?

✅ Hadkan minuman manis kepada satu waktu makan sahaja
✅ Jika makan di kedai, minta kurang manis
✅ Pengusaha minuman, sediakan pilihan kurang manis pada harga istimewa
✅ Pada waktu makan yang lain, utamakan air kosong
💧 Sasarkan 6–8 gelas air kosong sehari

Satu pilihan kecil di meja makan hari ini boleh membawa perubahan besar kepada kesihatan kita.

Jom sama-sama biasakan air kosong sebagai pilihan utama.
Kurangkan gula, lindungi kesihatan. ❤️
52000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

19 ott 2026, 11:57

Photo1/2
🚨 GATAL KERONGKONG, BATUK & JEREBU?

Jerebu bukan sekadar mengganggu penglihatan tatapi ia juga boleh menjejaskan kesihatan kita.

Beberapa kawasan di negara kita masih mengalami kualiti udara pada tahap Tidak Sihat, berdasarkan Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

⚠️ Kenali tanda-tanda kesan jerebu!

Jika anda mengalami:
👁️ Mata pedih dan berair
😖 Gatal kerongkong & kerap batuk
🤧 Hidung berair & kerap bersin
😮‍💨 Sukar bernafas atau sesak nafas
💢 Sakit dada
🩹 Kulit badan berasa gatal

Jangan abaikan gejala ini.
👉 Segeralah mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran.

💧 Banyakkan minum air kosong
🏠 Kurangkan aktiviti di luar

Jaga diri, jaga kesihatan. Jangan biarkan jerebu menjejaskan anda! 😎

#Jerebu
#BanyakkanMinumAir
#InfoPemakananSihat
#JagaKesihatan
#SihatItuSaya
56000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

19 ott 2026, 11:57

Photo1/2
🍬 GULA PERANG VS GULA PUTIH — MANA LEBIH BAIK?

Pernah dengar dakwaan bahawa gula perang lebih sihat berbanding gula putih? 🤔 Tetapi, betulkah begitu?

✨ Faktanya: gula perang dan gula putih mempunyai nilai kalori dan kesan kesihatan yang SAMA.

Walaupun terdapat sedikit perbezaan dari segi warna dan kandungan nutrien, kandungan kalori dalam kedua-duanya adalah sama. Dari aspek kesihatan, khususnya Indeks Glisemik (GI), tiada perbezaan.

🔎 Jadi, dakwaan bahawa gula perang lebih sihat daripada gula putih adalah tidak tepat. Kedua-duanya mempunyai Indeks Glisemik (GI) serta nilai kalori & nutrien yang hampir sama — dan kedua-duanya tetap mengandungi glukosa dan fruktosa.

Apa jua pilihan anda, gula tetap gula. 🤎🤍
Sama ada gula perang atau gula putih, pengambilannya masih perlu dihadkan dalam pengambilan makanan harian bagi mengurangkan risiko penyakit kepada kesihatan kita secara umumnya.

Jangan terpedaya dengan warna. Kenali fakta, buat pilihan yang lebih bijak! 💡
62000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

19 ott 2026, 11:55

Photo1/2
✨ PILIHAN LEBIH SIHAT, PILIHAN LEBIH BIJAK!

Pernah nampak Logo Pilihan Lebih Sihat (HCL) pada produk makanan dan minuman? 👀

Logo HCL diberikan kepada produk yang memenuhi kriteria nutrien yang telah ditetapkan. Namun, “lebih sihat” bermaksud produk tersebut lebih sihat berbanding produk lain dalam kategori yang sama.

Dengan adanya HCL, pengguna boleh membuat pilihan dengan lebih mudah hanya dengan melihat label pada hadapan bungkusan. 🔎✨ Kenal pasti produk yang lebih sihat dalam kategori makanan yang sama dengan lebih cepat dan mudah!

Bukan itu sahaja, HCL juga menggalakkan industri makanan dan minuman menghasilkan produk yang lebih sihat, sekali gus membantu mewujudkan persekitaran yang menyokong amalan pemakanan sihat. 🌱

Nampak logo HCL? Lebih mudah untuk buat pilihan yang lebih bijak. 💚

#LogoPilihanLebihSihat
#HCL
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM
#SihatItuSaya
72000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

19 ott 2026, 11:54

🥣 3K UNTUK PEMAKANAN SI KECIL: KEKERAPAN, KUANTITI & KEPELBAGAIAN Bila anak mula belajar makan, bukan sekadar “anak makan apa?” yang penting. Tetapi berapa kerap, berapa banyak dan sejauh mana makanan yang diberikan itu pelbagai? 👶🏻💛 Jom kenali konsep 3K…
103000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

19 ott 2026, 11:54

Photo1/16
🥣 3K UNTUK PEMAKANAN SI KECIL: KEKERAPAN, KUANTITI & KEPELBAGAIAN

Bila anak mula belajar makan, bukan sekadar “anak makan apa?” yang penting. Tetapi berapa kerap, berapa banyak dan sejauh mana makanan yang diberikan itu pelbagai? 👶🏻💛

Jom kenali konsep 3K yang boleh dijadikan panduan dalam penyediaan makanan bayi dan kanak-kanak kecil:

📌 1. KEKERAPAN – Tingkatkan kekerapan makan mengikut umur

Keperluan dan keupayaan makan anak berubah apabila mereka membesar. Tingkatkan kekerapan pemberian makanan secara beransur-ansur mengikut umur dan perkembangan anak.

🍚 Bayi 6–8 bulan boleh diperkenalkan dengan hidangan seperti bubur. Apabila semakin besar, tekstur dan jenis makanan perlu berubah secara beransur-ansur.

Antara pilihan snek yang berkhasiat ialah buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan jejari yang sesuai dengan usia dan keupayaan anak.
88000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

06 set 2026, 02:08

Photo
✨ LUANGKAN MASA, SEDIAKAN MAKANAN BERKHASIAT! 🥗🏠

Pemakanan sihat tak semestinya rumit. 💚
Mulakan dengan lebih kerap menyediakan makanan berkhasiat di rumah dan jadikan aktiviti memasak sebagai sebahagian daripada rutin harian.

Tak perlu resipi yang renyah atau mengambil masa yang lama — resipi ringkas dan mudah pun boleh jadi pilihan, asalkan sihat! 🍳🥪✨

Jadi, apa tunggu lagi?
👩‍🍳 Jom masak di rumah, jom pilih yang sihat!

#MasakSecaraSihat
#MasakDiRumah
#MenuSihat
#InfoPemakanan
#NutritionistKKM
#SihatItuSaya
206000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

06 set 2026, 02:08

Video
KIBAR JALUR GEMILANG, KIBARKAN SEMANGAT! 💪 MERDEKAKAN DIRI DARIPADA 'BEBAN' BERLEBIHAN!

Sempena Hari Kebangsaan ke-69, ayuh kita kibarkan bukan sahaja Jalur Gemilang, tetapi juga semangat untuk hidup lebih sihat! ❤️

Jom #KiBaR! KIRA, BAKAR, REKOD! langkah mudah untuk bantu anda mengurus keseimbangan kalori dan berat badan:

🔢 KIRA
Kira keperluan dan pengambilan kalori daripada makanan & minuman anda.
🔥 BAKAR
Bakar kalori berlebihan dengan lebih aktif melalui aktiviti fizikal dan senaman.
📝 REKOD
Rekod dan pantau pengambilan kalori harian, aktiviti fizikal dan berat badan secara berkala.

Merdeka bukan sekadar bebas, tetapi bebas daripada ‘beban’ yang berlebihan.
Ayuh KiBaR untuk diri yang lebih sihat dan lebih cergas! 💪✨

Kibar Jalur Gemilang. Kibarkan Semangat. KiBaR untuk Hidup Lebih Sihat!
Selamat Hari Kebangsaan ke-69!

#KiBaR #NutritionistKKM #Merdeka #HariKebangsaan #SihatItuSaya #infopemakanansihat
290000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

06 set 2026, 02:08

Photo
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat menyambut Hari Kebangsaan 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia!

Kesejahteraan hidup yang sebenar bermula dari tubuh badan yang sihat. Sempena hari kemerdekaan ini, jom kita 'merdekakan' diri daripada tabiat pemakanan yang tidak sihat!

Makan secara sihat, hidup pasti sejahtera.

Ikhlas daripada,
Bahagian Pemakanan KKM

#Merdeka2026 #HariKebangsaan #NutritionistKKM #SukuSukuSeparuh #KesejahteraanDinikmati
269000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

06 set 2026, 02:08

Video
Dah sampai MAHA? Jom singgah ke booth Nutritionist KKM di Laman Sayur pada 28 Ogos hingga 6 September 2026! 🌱

Bawa keluarga dan kawan-kawan sekali! 😍 Ada pelbagai permainan dan aktiviti interaktif yang menarik untuk kita kenal sayur dan buah, tahu manfaatnya dan belajar cara mudah untuk jadikan sayur dan buah sebahagian daripada hidangan harian.

Jumpa anda nanti! 😊 🥕🥬💚

#NutritionistKKM
#MAHA2026
#khasiatsayurdanbuah
#SihatItuSaya
385000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

06 set 2026, 02:08

Photo
🌙✨ Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1448H

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi inspirasi untuk kita mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW.

“Madani Dihayati, Ummah Diberkati.” 🤍

Ikhlas daripada Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

#SalamMaulidurRasul
#MaulidurRasul1448H
#MadaniDihayatiUmmahDiberkati
#NutritionistKKM
557000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

06 set 2026, 02:08

Photo
🥛 BANDING SEBELUM BELI! Jangan main capai je 👀

Nampak macam sama, tapi bila bandingkan label pemakanan, rupanya ada perbezaan yang boleh mempengaruhi pilihan kita. 🔎

Contohnya, berdasarkan perbandingan Susu A dan Susu B, Susu B merupakan pilihan yang lebih baik kerana mengandungi lebih rendah kalori dan lemak, manakala jumlah nutrien lain dalam kedua-dua produk adalah hampir sama.

💡 Tip mudah sebelum masukkan produk ke dalam troli:
✅ Bandingkan kandungan nutrien bagi setiap 100 ml atau 100 g
✅ Jangan fokus pada satu nutrien sahaja
✅ Pilih produk yang lebih rendah tenaga, gula, garam (natrium) dan lemak
✅ Utamakan produk yang tinggi protein, vitamin, mineral dan serat

📌 Ingat! Pilihan yang lebih baik bukan semata-mata berdasarkan jenama atau harga. Baca label, bandingkan nutrien dan pilih mengikut keperluan diri. 💪🏻

#NutritionistKKM
#BandingSebelumBeli
#LabelMakanan
#SihatItuSaya
#SihatItuKita
#SihatItuMalaysia
827000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

06 set 2026, 02:08

Photo
☕🚫 Kopi bukan untuk si kecil!

Anak-anak nampak macam nak cuba, tapi minuman berkafein bukan minuman yang sesuai untuk mereka. ⚠️

Pengambilan minuman berkafein boleh menyebabkan:
🔴 Anak kerap kencing
🦷 Kerosakan gigi
😴 Sukar tidur
🥦 Penyerapan zat terganggu terutamanya zat besi yang penting bagi pertumbuhan dan pencegahan bantut
😣 Gelisah
❤️ Jantung berdegup laju

Jadi, jangan biasakan anak dengan minuman berkafein. Biarlah pilihan minuman mereka lebih mesra tumbesaran dan kesihatan. 💛

✨ Kecil-kecil dah kenal kafein? Jangan!
Lindungi si kecil, pilih minuman yang lebih sesuai untuk mereka.

#NutritionistKKM
#PemakananKanakKanak
#Cegah bantut
#SihatItuSaya
#SihatItuKita
#SihatItuMalaysia
668000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

06 set 2026, 02:08

Photo
🚨 SEMBELIT JANGAN DIBIAR! 🚨

Bagi warga emas, masalah sembelit boleh mengganggu keselesaan dan rutin harian. Namun, beberapa amalan mudah boleh membantu mencegah sembelit dan menyokong kesihatan sistem penghadaman. 💪🏻✨

💡 Jom amalkan 5 tip mudah ini:

🥣 Pilih makanan berasaskan cecair seperti sup dan puding
🍎 Ambil 2 sajian buah dan sekurang-kurangnya 3 sajian sayur sehari
🌾 Tambah produk bijirin penuh dalam menu seharian
💧 Minum 6 hingga 8 gelas air sehari
🚶‍♀️ Lakukan aktiviti fizikal secara berkala

✨ Ingat! Usus sihat, hidup lebih selesa.
Jadikan amalan pemakanan sihat dan kekal aktif sebagai sebahagian daripada rutin harian warga emas.

Cegah sembelit, kekal aktif, kekal sihat! 💛

#NutritionistKKM
#TipCegahSembelit
#PemakananWargaEmas
#SihatItuSaya
#SihatItuKita
#SihatItuMalaysia
566000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

06 set 2026, 02:08

Photo
🍚 “Makan nasi tapi tak gemuk?” Boleh ke? 🤔

Ramai salah faham bahawa nasi adalah punca utama kepada peningkatan berat badan. Sebenarnya, yang lebih penting ialah cara kita memilih dan menyediakan hidangan.

👉🏻 Nasi putih + lauk yang dimasak secara lebih sihat boleh mempunyai kalori yang lebih rendah berbanding nasi goreng.

📌 Contohnya: ✅ Nasi putih + ayam masak paprik ≈ 300 kcal ⚠️ Nasi goreng + ayam masak paprik ≈ 500 kcal

Bezanya bukan pada nasi semata-mata, tetapi pada minyak, cara memasak dan saiz hidangan.

💡 Tip mudah: 🥄 Pilih nasi putih berbanding nasi goreng 🥗 Tambahkan sayur dalam hidangan 🍗 Pilih lauk yang kurang berminyak 🚶‍♀️ Kekal aktif setiap hari

Nak sihat tak semestinya tak makan nasi. Yang penting, bijak memilih! 💚

#KiBaR
#KiraBakarRekod
#NutritionistKKM
#SihatItuSaya
#SihatItuKita
#SihatItuMalaysia
576000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

06 set 2026, 02:08

Photo
🤱 Jangan biarkan mitos menghalang perjalanan penyusuan susu ibu!

Penyusuan susu ibu merupakan pilihan terbaik untuk setiap bayi. Namun, perjalanan ini tidak semestinya mudah. Masih terdapat pelbagai mitos yang boleh menimbulkan keraguan dan menjejaskan keyakinan ibu untuk meneruskan penyusuan susu ibu secara eksklusif.

💜 Sempena Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia, jom kenali mitos dan fakta sebenar supaya setiap ibu lebih yakin, lebih berilmu dan terus bersemangat dalam memberikan yang terbaik buat si manja.

📖 Kami kongsikan informasi ini sebagai panduan untuk semua ibu. Semoga bermanfaat.

#WBW2026
#Breastfeeding
#PenyusuanSusuIbu
#SusuIbuTerbaik
#MitosBreastfeeding
#InfoPemakananSihat
#NutritionistKKM
761000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

29 apr 2026, 03:00

Photo
Garam bukan sekadar “garam” 🧂

Tahukah anda, garam boleh muncul dalam pelbagai nama lain pada label makanan seperti Sodium Chloride, Sodium Nitrate, Baking Soda dan banyak lagi? Tanpa disedari, kita mungkin mengambil lebih garam daripada yang disangka.

📌 Tip bijak:
Sentiasa baca senarai ramuan sebelum membeli. Semakin awal sesuatu bahan disenaraikan, semakin tinggi kandungannya dalam produk tersebut.

Jadi, lebih peka = lebih sihat 💙
Kurangkan garam tersembunyi, lindungi kesihatan anda hari ini!

#infopemakanansihat
#NutritionistKKM
#sedaptaksemestinyamasin
#SihatItuSaya
#garam
322000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

29 apr 2026, 03:00

Photo
Nak makan di restoran tanpa risau kalori berlebihan? 🤔

Kuncinya adalah pilihan yang lebih bijak.

Pilih hidangan dan minuman yang lebih rendah kalori seperti:
✔️ Capati berbanding roti canai
✔️ Air kosong berbanding teh tarik

Perubahan kecil dalam pilihan harian mampu memberi kesan besar kepada kesihatan anda 💪

Jom kawal kalori, kekal sihat walaupun makan di luar!

#MisiKawalKalori #InfoPemakananSihat #NutritionistKKM #SihatItuSaya
398000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

29 apr 2026, 03:00

Photo
🌾 Apa itu "Bijirin Penuh" dan kenapa ia lebih sihat?

Bijirin penuh adalah bijirin yang mengandungi seluruh isirong (bran, germa, endosperma). Bijirin penuh mengekalkan kebaikan asalnya berbanding bijirin yang telah diproses. Ia terdiri daripada 3 bahagian utama yang padat dengan khasiat:

🛡️ Bran (Kulit Luar): Kaya dengan serat, vitamin B dan mineral
⚡ Endosperma (Tengah): Sumber tenaga utama yang membekalkan karbohidrat.
🌱 Germa: Mengandungi antioksidan, vitamin E, vitamin B dan lemak tidak tepu.

Kebaikan Utama Makanan Yang Berasaskan Bijirin Penuh:
✅ Lebih tinggi nutrien & serat
✅ Merendahkan paras kolesterol darah
✅ Menyokong kesihatan usus
✅Mengurangkan risiko obesiti

Mula buat pilihan yang bijak hari ini. Tukar karbohidrat ringkas anda kepada kebaikan bijirin penuh! ✨

#BijirinPenuh #WholeGrains #InfoPemakananSihat #GayaHidupSihat #NutritionistKKM #SihatItuSaya
452000
NutritionistKKMRasmi logo
NutritionistKKMRasmi

29 apr 2026, 03:00

Photo
RAHSIA CAPAI SEKURANG-KURANGNYA 3 SAJIAN SAYUR SETIAP HARI

Tahukah anda? Pengambilan sekurang-kurangnya 3 sajian sayur-sayuran setiap hari penting untuk kesihatan optimum 🥦

Amalkan langkah mudah ini:
✔️ Tambahkan sayur dalam masakan
✔️ Ambil pelbagai sayur sebagai snek
✔️ Sediakan jus sayur-sayuran seperti jus timun tanpa menambah gula atau perisa

Mulakan dengan perubahan kecil untuk hasil yang besar 🌱

Jom tambah sayur dalam setiap hidangan anda hari ini!

#3SajianSayur #SukuSukuSeparuh #InfoPemakananSihat #NutritionistKKM #GayaHidupSihat #SihatItuSaya
633000

Showing 30 of 42 posts

Valutazione

Accesso richiesto

Frequently Asked Questions

Di cosa parla il canale Telegram NutritionistKKMRasmi?+

NutritionistKKMRasmi (@nutritionistkkmrasmi) è un canale Telegram elencato in Dieta e Nutrizione su tgdio. Questo profilo mostra classifica, valutazioni, recensioni e post recenti così puoi decidere prima di iscriverti su Telegram. Al momento elenca circa 2809 iscritti su tgdio.

Come mi unisco a NutritionistKKMRasmi (@nutritionistkkmrasmi) su Telegram?+

Apri il profilo del canale su tgdio, poi usa Join / Open in Telegram per andare su @nutritionistkkmrasmi nell’app o sul web di Telegram e iscriverti gratis.

NutritionistKKMRasmi è un buon canale Dieta e Nutrizione?+

Su tgdio puoi controllare valutazione, recensioni, classifica e ultimi post di NutritionistKKMRasmi prima di unirti. Al momento elenca circa 2809 iscritti su tgdio. Confrontalo con canali Dieta e Nutrizione simili.

Dove vedo le statistiche e i post di NutritionistKKMRasmi?+

Su tgdio, apri la pagina @nutritionistkkmrasmi per statistiche iscritti, classifica, valutazioni e post recenti. Usa il link Stats per grafici di crescita e attività.