1/2Siapa kata nak jaga berat badan kena berhenti makan nasi? 🤔 Nasi bukan musuh! Kuncinya ialah kawal kuantiti, bijak memilih hidangan dan seimbangkan pengambilan tenaga dengan aktiviti fizikal. 💚
Tahukah anda? 👀
🍚 1 sajian nasi = 2 senduk nasi yang rata. Berdasarkan Piramid Makanan Malaysia, pengambilan nasi, bijirin lain, produk makanan berasaskan bijirin penuh dan ubi-ubian dalam sehari yang disarankan bagi orang dewasa ialah 3 hingga 5 sajian sehari.
✨ TIP MAKAN NASI SECARA BIJAK!
🥗 Amalkan Suku-Suku-Separuh!
Lengkapkan hidangan utama dengan konsep #SukuSukuSeparuh dan pilih air kosong berbanding minuman manis.
#KawalKalori #SukuSukuSeparuh #InfoPemakananSihat #NutritionistKKM #SihatItuSaya









